Hipnoterapi Lenyapkan Sihir Saka Buaya

Hipnoterapi Lenyapkan Sihir Jin Buaya.
Dalam Tradisi Melayu di Malaysia, ada penyakit aneh yang disebabkan oleh Khodam Jin yang diperoleh secara turun temurun dari para leluhur yang disebut dengan SAKA....

Nah, dalam sebuah perbincangan dengan salah satu Alumni Pelatihan Hipnoterapi di Malaysia, yaitu En. Anuwar B Mohd Lop yang menceritakan salah satu kisah terapinya, bahwa beliau berhasil mengusir Saka yang berwujud Buaya dari salah seorang pasiennya dengan menggunakan Kaedah Hypnotherapy...

Dan menanggapi kisah beliau itu, saya katakan bahwa memang demikianlah adanya. Ketika Kondisi Minda seseorang telah berhasil di tata dengan baik dan Rahasia Daya Kuasa Minda telah berhasil diaktifkan, maka segala energi negatif termasuk gangguan sihir dari makhluk astral atau Jin juga akan lenyap dengan sendirinya secara mudah dan cepat...

Salah satu alumni yang tinggal di Negara Kanada juga menceritakan hal yang sama.

Christma Nathali Esseboom : Saya setuju, saya pernah bawa pasien masuk ke kondisi trance. Lalu dia yang melawan sendiri Jin yang membuat sakit menahun. Dan berhasil (https://www.facebook.com/haryopanuntun/posts/714121005346571)

Mensikapi Kisah dari Mrs. Christma ini, maka saya katakan bahwa dalam Praktek Hypnotherapy. Seorang Ahli Perubatan Alternatif Hypnotherapy atau disebut dengan Hypnotherapist, dianya memang hanya  bersifat memfasilitasi saja. Yang memegang peran Utama untuk kesembuhan adalah diri Klien itu sendiri. Apabila klien bersifat Kooperatif dan mau bekerja sama dengan baik, maka proses terapi akan berjalan dengan mudah dan lancar.

Nah, dalam kasus-kasus penyakit psikosomatis yang berkenaan dengan dunia makhluk astral atau makhluk Jin yang mengganggu manusia, beberapa tekhnik Hypnotherapy yang dapat digunakan adalah beberapa tekhnik Hypnotherapy yang bermanfaat sebagai Media Mediasi, seperti Parts Therapy, Gestalt Therapy, Forgivenes Therapy, Ego State Therapy, Time Line Therapy, Future Pacing, Suggestion Therapy, dll...

Apa itu SAKA..?
Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita, berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim dengan adanya pertalian dengan makhluk halus jin dan syaitan. Saka yang asalnya daripada sebelah atas keturunan kita biasanya akan mengikuti anak cucu ataupun dengan lain perkataan berdamping dengan pewarisnya.

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin atau jin-jin yang diwarisi adalah saka, tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan atau perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin atau nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat atau seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan yang punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya, selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Antara jenis-jenis saka ialah,
  • Saka Harimau : Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh, 
  • Saka Buaya : Mampu mengawal dan menjinakkan buaya, 
  • Saka Ular : Mampu mengawal dan menjinakkan ular, 
  • Saka Bomoh : Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. (Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.), 
  • Saka Kuat atau Saka Penimbul : Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal, 
  • Saka susuk : Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan 
  • Saka Toyol : Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
Seorang pesakit (Pasien) yang mengalami sakit akibat Saka, pesakit tersebut kadang-kala tidak terfikir bahawa sakit-sakit yang dialami oleh mereka bertahun-tahun lamanya dan tidak sembuh-sembuh walaupun sudah mendapat rawatan moden adalah disebabkan oleh gangguan saka. Banyak kali pesakit datang ke klinik untuk berubat sakit-sakit sendi atau urat saraf, tetapi apabila dikenal pasti penyakit yang dialami sebenarnya adalah gangguan saka.

Untuk pengetahuan pembaca, gangguan saka adalah merupakan jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, dan biasanya melibatkan keturunan iaitu mempunyai pertalian darah yang sama. Kebanyakan daripada saka adalah dari keturunan sebelah keluarga bapa pesakit dan jarang sekali kami berjumpa saka yang berasal dari sebelah keluarga ibu pesakit. Kenapa ini berlaku adalah kerana pertalian darah dari bapa kepada anak-anak lebih kuat dari pertalian darah dari ibu kepada anak-anak.

Bukan semua anak-anak dalam keluarga itu boleh mewarisi saka keturunan dari keluarga itu. Jin–jin saka ini boleh memilih (“pick and choose”) anak-anak tuan mereka, untuk didampingi oleh mereka. Sukar untuk dijelaskan apakah kriteria-kriteria atau ciri-ciri yang ada pada anak-anak yang boleh membuat tubuh badan mereka ini senang didampingi oleh makhluk-makhluk halus ini. Tidak ada satu formula yang boleh kita guna pakai untuk meramal siapa antara ahli keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini. Tidak semestinya anak yang sulung dalam keluarga itu atau hanya anak-anak lelaki sahaja yang selalu didampingi oleh jin-jin saka ini. Sehingga hari ini, kita masih belum memahami dengan jelas, bagaimana kaedah dan kriteria pemilihan ahli keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini. Mungkin faktor-faktor seperti lemah semangat, kekuatan iman, kepercayaan kepada benda-benda khurafat seperti menyimpan senjata-senjata lama yang diwarisi dari keturunan mereka dan sebagainya.

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu suka memelihara dan berdamping dengan jin-jin kerana mempercayai jin-jin yang didampingi tersebut boleh menjadi pembantu mereka dalam kerja-kerja seharian. Sebagai contoh, terdapat kisah orang-orang tua dahulu yang berpesan kepada anak isteri mereka bahawa akan ada makhluk halus yang menjaga rumah mereka sepanjang tempoh si suami atau ayah tersebut keluar ke laut atau hutan untuk mencari rezeki. Kadang-kala, mereka ini menuntut apa-apa ilmu yang disangka sebagai ilmu dunia ghaib tanpa mengetahui bahawa untuk menguasai ilmu tersebut, mereka akan didampingi oleh jin-jin yang dianugerahkan oleh tok guru mereka tanpa mereka sedari. Ilmu-ilmu tersebut seringkali melibatkan ilmu-ilmu seperti ilmu pendinding, amalan kebatinan, ilmu kecantikan seperti susuk, ilmu pelaris untuk memajukan perniagaan, ilmu untuk menundukkan kuasa seseorang, ilmu sihir pemisah atau sihir pengasih dan sebagainya.

Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah.

Demikianlah sekilas penjelasan mengenai saka yang dapat kami peroleh dari berbagai sumber. Dan apabila anda atau salah satu ahli keluarga anda sakit karena saka, silahkan Hubungi praktisi Hipnoterapi yang terdekat di tempat anda. Mudah-mudahan mereka dapat membantu meringankaan permasalahaan anda, dengan seizin Allah swt.

Terima Kasih.




INFO : Pelatihan Perubatan Alternatif Hypnotherapy & Pelatihan Daya Kuasa Minda Separa Sadar (Subconscious Mind Power Activation) akan diselenggarakan pada hari bulan 6 & 7 December 2014 di Jasin Melaka Malaysia.

Ini adalah Bengkel hipnosis & hypnotherapi terhebat di penghujung 2014.
Ini adalah bengkel lengkap, sehinggakan mereka yg mengikuti bengkel ini akan mampu menjadi trainer (Guru) hipnosis Atau menjadi ahli pengubatan alternatif hipnoterapi dan mampu berjaya mendayagunakan Kuasa Minda Separa Sadar setelah tamat berkursus.

Bengkel ini akan diadakan pada 6 & 7 disember 2014 di Jasin Melaka. Motivator yg terlibat didalam membimbing anda adalah Tn. Anuwar B Mohd Lop, Prof Ir Dr Zainal Ariffin, Prof Madya Mohd Ariff Mohd Ariff Mat Hanafiah dan saya sendiri (Edi Sugianto, Founder NAQS DNA).

Pendaftaran dibuka sekarang. Sesiapa yg berminat, boleh menghubungi Tn. Anuwar di 0166250081. Kami akan mengajar anda dan membongkar segala keilmuan hipnosis & hypnotherapy sehingga habis. Padat dgn pelajaran pratikal sehingga anda akan mudah belajar dan memahaminya.....

Keterangan Lengkap, silahkan BACA DI SINI.. http://www.naqsdna.com/2014/08/professional-hypnotherapy-kem-malaysia.html
Hipnoterapi Lenyapkan Sihir Saka Buaya Hipnoterapi Lenyapkan Sihir Saka Buaya Reviewed by Edi Sugianto on 03.48 Rating: 5

1 komentar:


kelas Gendam Online
Diberdayakan oleh Blogger.